Semarak Subuh libat 838 masjid, 1,942 surau di Johor
Iklan
Semarak Subuh akan diadakan di 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri Johor bermula Jumaat ini.
JOHOR BAHRU - Semarak Subuh akan diadakan di 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri Johor bermula Jumaat ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif Semarak Subuh di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.
Iklan
Iklan
"ADUN atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam akan bersama kepimpinan tertinggi kerajaan Johor mengikut lokaliti dan zon masing-masing termasuk pentadbiran di peringkat daerah juga mukim menziarahi masjid dan surau.
"Setiap masjid dan surau di seluruh pelosok negeri akan disantuni menerusi Semarak Subuh dalam masa setahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Fared turut mengalu-alukan seluruh Bangsa Johor hadir menyertai program Semarak Subuh di kawasan masing-masing.
Sebelum itu, pada persidangan DUN Johor pada November tahun lalu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan program Semarak Subuh dengan peruntukan RM560,000.
Iklan
Onn Hafiz berkata, menerusi Semarak Subuh, ADUN beragama Islam negeri ini diminta menunaikan solat Subuh berjemaah bersama rakyat pada setiap Jumaat di kawasan DUN masing-masing.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>