Banjir tidak lunturkan semangat untuk hadapi SPM, STPM
Iklan
Che Safia (tiga dari kanan) semasa menerima kunjungan daripada pihak JPN Kelantan dan PPD Pasir Mas di SMK Rantau Panjang pada Selasa.
RANTAU PANJANG - Banjir melanda negeri ini sama sekali tidak melunturkan semangat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedang menghitung hari untuk menduduki peperiksaan.
Malah ada dalam kalangan mereka yang mengambil langkah awal dengan mempersiapkan mental serta fizikal bagi memastikan fokus untuk menghadapi peperiksaan itu tidak terganggu.
Pirayuth Prawing
Iklan
Iklan
Pelajar calon STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pirayuth Prawing, 20, berkata, dia telah menyimpan semua buku serta nota di tempat selamat selepas kediamannya di Taman Warta di sini sering ditenggelami banjir sedalam 0.3 meter setiap kali musim tengkujuh.
"Semasa banjir saya tidak sempat untuk mengulangkaji kerana sibuk membantu keluarga mengemas rumah tetapi sebaik sahaja air surut saya sanggup mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk menghabiskan ulangkaji yang ketinggalan," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Iklan
Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, tempoh masa yang berbaki ketika ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan dia dapat menjawab peperiksaan tersebut dengan jayanya.
Bagi calon SPM dari SMK Rantau Panjang, Che Safia Che Faizol, 17, pula, semangatnya untuk berdepan peperiksaan tidak terjejas kerana sudah terbiasa dengan keadaan tersebut setiap kali musim tengkujuh.
Iklan
"Sepanjang cuti sekolah saya hanya fokus kepada ulangkaji pelajaran.
"Alhamdulillah, segala persiapan sudah tersedia, menunggu hari untuk peperiksaan," katanya.
Siti Mariam Maisara (kanan) bersama ibunya membawa bersama buku serta nota ke PPS apabila perlu berpindah semasa banjir.
Calon SPM dari Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat, Siti Mariam Maisara Abdullah, 17, memberitahu, dia membawa bersama buku serta nota ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila perlu berpindah semasa banjir.
Katanya, masa yang ada digunakan sebaik mungkin untuk fokus kepada ulangkaji kerana tarikh peperiksaan sudah terlalu hampir.
"Banjir sudah biasa berlaku, jadi ia tidak menggangu fokus saya.
"Selebihnya saya berdoa, serta memastikan kesihatan sentiasa baik," katanya.
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.