RM8.4 juta baik pulih bangunan asrama pelajar Johor di Mesir
Iklan
Mohd Fared (tengah) memotong riben sebagai simbolik menyempurnakan majlis penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor di Mesir ketika mengadakan lawatan ke Kaherah dan Jordan.
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri memperuntukkan RM8.4 juta bagi menaik taraf dan membaik pulih dua asrama pelajar Johor di Kaherah, Mesir bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan selesa.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dua asrama pelajar yang terletak di Hayyu Thamin dan Rabaah yang mampu memuatkan kira-kira 200 pelajar itu, telah selesai dibaik pulih.
Iklan
Iklan
"Sebelum ini pelajar-pelajar ini terpaksa menginap di rumah sewa yang kurang selesa.
"Terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas peruntukan RM8.4 juta bagi tujuan baik pulih dua asrama ini.
Iklan
"Ini menunjukkan usaha baik kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar Johor di Mesir," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor Pasca Baik Pulih di Kaherah, Mesir.
Mohd Fared ( tengah) meninjau asrama pelajar Johor di Kaherah, Mesir yang telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri.
Mohd Fared kini dalam lawatan kerja ke Mesir dan Jordan turut ditemani Duta Malaysia di Mesir, Zamani Ismail; Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut.
Iklan
Bangunan tiga tingkat asrama di Hayyu Thamin menempatkan 96 orang pelajar dengan dilengkapi sebuah rumah pegawai, rumah tetamu, dewan dan 'roof top', selain surau dan kemudahan rehat dan belajar.
Manakala bangunan asrama di Rabaah juga menempatkan seramai 154 orang pelajar.
Mohd Fared (tengah) bergambar bersama pelajar Johor di Kaherah.
"Kerajaan negeri berusaha sebaik mungkin menyediakan penempatan yang selesa dan baik untuk pelajar kita di Mesir. Pelajar perlu menggunakan kemudahan ini sebaiknya.
"Dalam masa sama, pelajar juga diharap akan kembali ke tanah air untuk berbakti semula kepada rakyat di negeri Johor.
"Kembalilah berbakti kepada ummah dengan ilmu agama dan perubatan yang menyatukan rakyat Johor," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.