Syafie Naswip bergelar suami

Iklan
Syafie Naswip selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Nor Afiqah Ishak di Putrajaya pada pagi Sabtu.

PELAKON Syafie Naswip selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Nor Afiqah Ishak di Putrajaya pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang dengan sekali lafaz.

Iklan
Iklan

Dalam majlis pernikahan yang turut bersiaran langsung menerusi Instagram selebriti tersebut, Syafie atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan.

Kedua-dua mempelai kelihatan anggun mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Iklan

Pada Jumaat, pelakon Mukhsin itu menerusi hantaran di media sosial yang sama, memaklumkan akan berkongsikan berita namun tidak diberitahu secara terperinci.

Menerusi ruangan komen yang ditonton lebih 1,500 pengikutnya di Instagram, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas pernikahannya.

Iklan

"Ayieee tahniah!," kata Miszznaanaa.

"Alhamdulillah tahniah Syafie Naswip," kata Azrul_azl.

"Berseri-seri pengantin, I'm so happy for both of you," kata tinker.