Dua unit rumah Flat Sri Stulang nyaris terbakar
Iklan
Keadaan dua rumah yang terbakar pagi tadi.
JOHOR BAHRU - Dua unit rumah Flat Sri Stulang di Jalan Stulang Laut di sini nyaris musnah dalam kebakaran jam 7.15 pagi tadi.
Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafie Ahmad berkata, kedua-dua rumah itu mengalami kebakaran sebanyak 10 peratus di bahagian hadapan rumah.
"Tiga jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah digegaskan ke lokasi kejadian dengan turut dibantu sebuah jentera dari BBP Tebrau melibatkan seramai 27 anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Mohd Rafie berkata, sepuluh penghuni kediaman berkenaan sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba.
"Terdapat tiga penghuni di sebuah rumah manakala tujuh lagi di sebuah lagi rumah bersebelahan.
Iklan
”Semua penghuni dapat menyelamatkan diri dan tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran,” jelasnya.
Katanya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan selain operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.11 pagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>