Covid-19: 103 pesakit dirawat di hospital, tiga di ICU
Iklan
Seramai 103 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menerima rawatan di hospital di negeri ini dengan tiga pesakit dimasukkan ke ICU. (Gambar kecil: Tian Soon)
JOHOR BAHRU - Seramai 103 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menerima rawatan di hospital di negeri ini dengan tiga pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pola pelaporan Covid- 19 bagi Johor dalam tempoh beberapa bulan ini menunjukkan peningkatan yang mendadak.
Iklan
Iklan
"Sehingga 16 Disember lalu, secara kumulatif terdapat 401,886 kes Covid-19 telah dilaporkan di mana 398,803 merupakan jangkitan tempatan manakala baki 3,083 merupakan kes import.
"Daerah Johor Bahru merekodkan kumulatif tertinggi sebanyak 1,995 kes Covid-19 diikuti Kluang (524 kes) dan dan Kulai ( 487 Kes)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Menurut beliau, kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ) akan terus memantau Situasi perkembangan jangkitan Covid-19 serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan.
"Orang ramai digalakkan untuk terus mengamalkan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka selain mengelakkan 3S iaitu elakkan tempat sesak, sempit dan sembang rapat.
Iklan
"Manakala Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>