Rizal akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Iklan
KUALA LUMPUR - Kes rasuah bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor, yang berdepan empat pertuduhan berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah di Sarawak, akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Rizal, Ridha Abdah Subri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rizal mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi]

Iklan
Iklan

Bagaimanapun mahkamah belum menetapkan tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Ridha Abdah mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Akram Gharib yang mengendalikan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Iklan