Tujuh penumpang cedera, bas ekspres langgar lori
Iklan
KUALA KANGSAR - Sekurang-kurangnya tujuh warga Indonesia cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kuala Kangsar, pagi tadi.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 2.20 pagi.