Pantai Timur dijangka dilanda hujan berterusan hingga esok

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok. - Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan di sini pada Rabu memaklumkan, di Kelantan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Iklan
Iklan

Di Pahang pula kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain seluruh kawasan negeri Terengganu. - Bernama

Iklan
Iklan