'Girona dulu bukan yang sekarang' - Xavi

Iklan
Xavi - Foto Agensi

GERGASI Sepanyol, Barcelona akan berdepan Girona dalam LaLiga awal pagi Isnin, dan pengurus Barca, Xavi Hernandez percaya kelab pakej kejutan musim ini tersebut mampu memenangi kejuaraan.

Girona, dengan hanya satu kekalahan, menyamai mata dengan pendahulu Real Madrid, manakala juara musim lalu Barcelona empat mata di belakang dua teratas di tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Malah, Xavi tidak ragu-ragu apabila ditanya sama ada kelab kecil Catalan itu boleh terus memenangi LaLiga.

"Saya suka Girona kerana mereka berani dan tidak takut,” katanya.

Iklan

Peningkatan prestasi Girona ke tangga teratas telah mengejutkan ramai pihak, tetapi Xavi tidak termasuk dalam kalangan mereka, sebaliknya dia memuji lawan Barca itu seterusnya.

"Saya menjangkakan satu perlawanan yang hebat. Girona, yang mengejutkan bagi ramai orang. Tetapi bagi kami ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Iklan

"Mereka adalah pasukan yang dinamik, dengan jurulatih yang hebat, sistem yang serupa dengan kami, mereka mahu menguasai bola, mereka mahu menjadi protagonis – mereka memberi tekanan kepada anda.

"Saya mengucapkan tahniah kepada jurulatih dan pasukan,” katanya.

Musim lalu Girona menduduki tempat ke-10, menahan Barcelona dengan keputusan seri tanpa jaringan di Camp Nou, dan tewas 1-0 dalam perlawanan di tempat sendiri.

Namun kali ini Girona tampil dengan penampilan yang berbeza, menjadikannya lebih sukar untuk dijangka bagaimana pengakhiran perlawanan ini.

"Girona musim lalu di rumah kami memberi tekanan kepada kami, dan di Montilivi, mereka ditutup. Kita lihat esok.

"Kami telah menyediakan permainan dengan beberapa senario. Mereka mempunyai lebih banyak varian dan keperibadian. Mereka telah banyak meningkat dari tahun lepas," kata Xavi.