KHSB jenama semula identiti korporat
Iklan
Amirudin (tengah) bergambar bersama kakitangan KHSB pada Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat KHSB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pada Jumaat.
SHAH ALAM - Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) menjenamakan semula identiti korporatnya bagi meremajakan identiti dan memantapkan budaya korporat seiring perubahan masa.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penjenamaan semula KHSB itu dapat meningkatkan keyakinan pembeli rumah terhadap reputasi KHSB selain kesinambungan pembangunan ekonomi negeri.
Iklan
Iklan
"Besar harapan saya agar penjenamaan semula ini menjadi salah satu daripada kesinambungan pembangunan ekonomi seperti direncanakan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
"Pada masa sama dapat menjulang nama Selangor sebagai peneraju kediaman mampu milik yang menerapkan ciri-ciri kelestarian alam sekitar demi manfaat lebih tujuh juta rakyat,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Jumaat.
Iklan
Amirudin ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Penjenamaan Identiti Korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini pada Jumaat.
Penjenamaan semula termasuk pelancaran logo baharu syarikat pembangunan hartanah di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Rahana Abdullah.
Sementara itu, Rahana berkata, pihaknya menempuh saat sukar dan senang sepanjang 22 tahun berperanan sebagai agensi pembangunan hartanah negeri ini.
Iklan
"Melangkah ke depan, KHSB bersedia menjadi pemain penting sektor pembangunan hartanah terutama perumahan mampu milik di Selangor,” katanya.
Penjenamaan identiti korporat KHSB yang ditubuhkan pada 2001 itu melibatkan tujuan jenama (brand purpose) iaitu ‘Memperkasa Kehidupan dan Komuniti Berkualiti’ sejajar aspirasi dan nilai-nilai syarikat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>