Bekalan elektrik di CIQ BSI pulih sepenuhnya - TNB
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kanan: Kenyataan TNB berhubung kejadian berkenaan.
JOHOR BAHRU - Bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Johor Bahru Sentral telah pulih sepenuhnya pada jam 9.13 pagi Rabu.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berita mengenai gangguan bekalan elektrik di kompleks berkenaan.
"Sebelum itu, TNB melaksanakan kerja-kerja henti tugas bernotis bagi senggaraan berjadual pepasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gerbang Perdana 33/11kV, Johor Bahru bermula pada jam 8 malam 5 Disember (Selasa) sehingga awal pagi 6 Disember (Rabu).
Iklan
Iklan
"Ketika kerja-kerja dilaksanakan, bekalan elektrik sementara dibekalkan melalui 10 buah genset milik Bangunan Sultan Iskandar supaya tiada sebarang gangguan bekalan dalam tempoh tersebut.
"Siasatan mendapati berlaku kerosakan berulang pada sebuah daripada genset berkenaan yang digunakan untuk memberi bekalan sementara dan telah mengakibatkan gangguan bekalan di premis bangunan CIQ," kata kenyataan itu pada Rabu.
Iklan
TNB juga mengambil maklum dengan cadangan kerajaan Johor supaya mempertimbangkan sumber alternatif bagi mengukuhkan lagi sistem bekalan elektrik ke kompleks CIQ seperti disuarakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohammad Salleh.
"Selain itu, TNB akan bekerjasama rapat dengan pengurusan BSI bagi memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan ke kompleks berkenaan dan persekitarannya," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>