Kanak-kanak hilang lebih sebulan, rupanya ada di rumah jiran

Iklan
Muhammad Khairul Ikhwan

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan selamat selepas lebih sebulan dilaporkan hilang di kawasan perumahan Desa Mentari dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berumur 11 tahun itu ditemukan berada di rumah jirannya di flat yang sama.

Iklan
Iklan

"Ibu bapa kanak-kanak ini telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada 24 November lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Muhammad Khairul Ikhwan

Katanya, siasatan mendapati kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

Iklan

"Setakat ini polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan berhubung kejadian," katanya.

November lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak dipercayai hilang setelah keluar daripada rumah dalam kejadian di perumahan Desa Mentari di sini.

Iklan