[VIDEO] Air Sungai Golok naik mendadak, penduduk siap sedia pindah
Iklan
RANTAU PANJANG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok dilihat mula berkemas dan siap sedia untuk berpindah pada bila-bila masa apabila paras air sungai terbabit naik secara mendadak pada petang Sabtu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air Sungai Golok sudah melepasi amaran dan berada pada tahap bahaya iaitu 10.20 meter berbanding normal lima meter setakat jam 4.15 petang.
Iklan
Iklan
Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air Sungai Golok sudah melepasi amaran dan berada pada tahap bahaya iaitu 10.20 meter berbanding normal lima meter setakat jam 4.15 petang. Gambar kecil dari kiri: Aminah, Mohd Sham
Pada masa sama, beberapa kawasan seperti Kampung Kedai Lama, Kampung Dangar dan sekitar mula menerima limpahan air Sungai Golok.
Iklan
Beberapa kawasan seperti Kampung Kedai Lama, Kampung Dangar dan sekitar mula menerima limpahan air Sungai Golok.
Seorang penduduk Kampung Dangar, Syed Ahmad Helmie Syed Ibrahim, 34, berkata, paras air Sungai Golok mula meningkat sejak pagi.
Menurutnya, segala persiapan untuk menghadapi banjir sudah dilakukan lebih awal bagi mengelakkan berdepan situasi kelam kabut.
Iklan
Ujarnya, kebiasaan dia dan keluarga akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang Dua.
Seorang penduduk menunjukkan keadaan terkini air Sungai Golok di Rantau Panjang yang mulai melimpah pada Sabtu.
Seorang lagi penduduk dari Kampung Kedai Lama, Aminah Ab Rahman, 64, mengakui peningkatan paras air Sungai Golok lebih cepat berbanding sebelum ini.
"Sekitar jam 2 petang, air belum lagi melimpah masuk. Namun, sejam kemudian, air mula memenuhi kawasan kampung," katanya.
Dia memberitahu, kebiasaan penduduk Rantau Panjang akan berpindah sekurang-kurang tiga kali sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
Penduduk memilih berpindah awal apabila PPS SK Sri Rantau Panjang 2 mulai dipenuhi orang ramai.
Sementara itu, Mohd Sham Fauzi, 40, berkata, walaupun sudah lali dengan situasi itu, namun dia tetap memilih untuk membuat persiapan awal.
Dia berkata, kesemua barangan di dalam rumah sudah dipindahkan ke tempat tinggi bagi mengelakkan ia di tenggelami banjir.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.