Enam kes dibaham harimau di Gua Musang

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar keci: Mohamad Hafid

KOTA BHARU - Enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, jumlah itu termasuk kes terbaharu melibatkan seorang pekerja ladang getah warga Indonesia yang ditemukan maut pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes serangan bermula pada 5 Julai 2021 di Kampung Sau, Pos Bihai melibatkan kecederaan parah seorang lelaki Orang Asli dan harimau belang betina yang menyerang mangsa berjaya ditangkap serta ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.

"Pada 5 Oktober 2023 di Pos Pasik melibatkan kematian seorang lelaki Orang Asli dan perangkap harimau yang dipasang di kawasan itu masih aktif serta dipantau setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kes seterusnya membabitkan seorang lagi pekerja ladang warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, maut dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.

"Selang sehari selepas itu, buruh ladang warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut selepas diserang binatang buas itu ketika menoreh getah di Ladang Meranto pada 12 November lalu.

Iklan

"Perhilitan mengambil langkah proaktif dengan memasang 10 unit perangkap dan kamera di kawasan ‘hotsport’ aduan gangguan harimau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Hafid berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati spesies yang menyerang mangsa terbaharu pada Rabu itu ialah harimau belang atau Panthera Tigris Jacksoni.

Mayat mangsa dikenali sebagai Syabaini, 36, ditemui di kawasan cerun dalam keadaan tidak sempurna di Kampung Kuala Tol di sini, pada jam 5.30 petang.

"Mengikut rekod, aduan harimau belang di kebun getah persendirian itu pada 20 November 2023.

"Pihak kami menasihatkan supaya pemilik sentiasa membersihkan kawasan bersemak samun di kebun masing-masing dan keluar bekerja secara berkumpulan,” jelasnya.