Sasar 1,000 pelajar tahfiz lanjut pengajian Diploma Pengurusan Haji, Umrah

Iklan
Majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada Rabu.

SHAH ALAM - Pertubuhan Pendidikan Azzahra (PPAZ) menyasarkan seramai 1,000 pelajar tahfiz untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Haji dan Umrah melalui program Dhumy di Kolej Antarabangsa Inovatif.

Timbalan Pengerusi PPAZ, Nurul Amirah Samsudin berkata, sasaran itu dengan kerjasama Aster Edu Sdn Bhd dan YEG Academy menerusi memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk menyebar luas serta mempromosikan inisiatif baharu.

Nurul Amirah

Iklan
Iklan

Jelasnya, ia memberi fokus kepada tiga komponen yang menjadi visi utama iaitu Aster Edu membantu persiapan pelajar tahfiz menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ia juga meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju serta matlamat PPAZ supaya pelajar ini dapat melanjutkan pelajaran selepas tamat SPM," katanya dalam kenyataan sempena MoU itu pada Rabu.

Nurul Amirah Samsudin (dua dari kiri) bersama Penasihat Akademik Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizman dan Ketua Pegawai Operasi YEG Academy, Fikri Hasbi.

Iklan

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Penasihat Akademik Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizman dan Ketua Pegawai Operasi YEG Academy, Fikri Hasbi.

Tambah Nurul Amirah, program yang dijalankan PPAZ termasuk ‘fast-track’ SPM, konvensyen kuasa keibubapaan dan program mencipta perubahan daripada tempat belajar serta hala tuju pendidikan.

Iklan

Menurutnya, pertubuhan itu ditubuhkan dengan matlamat utama membantu dan membimbing pelajar tahfiz supaya memperoleh SPM tanpa perlu menghadapi sebarang kos.

"Ia berfungsi sebagai perantara Maahad Tahfiz dan penyumbang yang ingin memberikan sumbangan kepada pendidikan pelajar.

"Dengan itu, PPAZ memastikan bahawa mereka mendapat akses kepada bimbingan dan bahan pendidikan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan SPM,” ujarnya.