Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke HSB

Iklan
Zahidi Zainol Abidin

KANGAR - Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam ini.

Menurut Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Dr Othman Warijo berkata, Zahidi dimasukkan ke Unit Penjagaan Jantung (CCU) HTF pagi tadi ekoran mengalami sesak nafas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Zahidi mengalami pelbagai komplikasi masalah kesihatan yang melibatkan buah pinggang dan juga jantung.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar itu juga disahkan doktor mengalami masalah paru-paru berair.

Iklan

"Beliau perlu dihantar ke HSB bagi tujuan mendapatkan rawatan yang lebih lanjut berkaitan masalah dihadapi," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Zahidi dikejarkan ke CCU HTF selepas mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur pagi semalam.

Iklan

Exco Agama Perlis, Ruzaini Rais berkata, Zahidi mengadu sakit di bahagian dada kepada isterinya pada jam 5 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas, Ahli Parlimen Padang Besar dimasukkan ke HTF