Tiga ADUN Pembangkang Kedah main peranan semak dan imbang
Iklan
Bau Wong (kanan) berbual dengan Adam Loh (tengah) dan Swee Leong sebelum Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman pada Ahad.
ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pembangkang Kedah akan memainkan peranan semak dan imbang sebaik mungkin walaupun memiliki tiga kerusi sahaja.
Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek berkata, ia bagi memastikan pentadbiran dalam kerajaan negeri berjalan dengan baik.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, pihaknya akan terus memantau pentadbiran kerajaan negeri walaupun pembangkang Kedah hanya terdiri daripada beliau sendiri; ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai dan ADUN Kota Darul Aman, Teh Swee Leong.
"Kita berusahalah sedaya upaya untuk memainkan peranan semak dan imbang supaya semua apa yang dirancang dan sebagainya dapat disalurkan dengan tepat dan betul ke seluruh pelosok Kedah.
Iklan
"Rakyat Kedah (diharapkan) dapat menikmati bajet (dibentangkan) pada hari ini (oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad.
Iklan
Bau Wong berkata, ketiga-tiga mereka akan berusaha menjadi pembangkang yang baik demi memastikan rakyat Kedah mendapat manfaat yang ada.
"Memandangkan kami tiga orang, kami akan berbincang dan memberi perkhidmatan yang terbaik.
"Apa-apa isu, yang mana tidak betul kita akan tegur dan yang betul serta beri manfaat kepada rakyat (maka) kita sokong," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedia menerima keputusan kerajaan negeri, asalkan ia terbaik untuk rakyat Kedah.
Dalam perkembangan sama, Bau Wong turut berterima kasih kerana beliau diberi peluang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu.
Pelantikan beliau itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, pada Ahad.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.