Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000
Iklan
Sanusi - Foto Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam di negeri ini sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan khas kewangan kepada 5,600 penjawat awam terbabit melibatkan peruntukan berjumlah RM10.8 juta.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pembayaran bagi bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebahagiannya pada Disember 2023 dan bakinya pada Mac 2024.
"Bonus RM2,000 ini yang paling tinggi pernah bagi. Tahun lepas, (beri) RM1,000, tahun ini ganda. 100 peratus naik.
Iklan
"Saya ikut Kerajaan Persekutuan. (Kerajaan Persekutuan) janji RM2,000. Kasihan pula kakitangan awam kerajaan negeri dapat sikit. Bagi samalah, saya ikut PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya selepas membentangkan Bajet Kedah 2024 di Wisma Darul Aman, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri adalah merupakan tulang belakang sesebuah pentadbiran Kerajaan.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata, bantuan khas one-off juga akan diberikan kepada imam lantikan negeri, pengerusi majlis ketua kampung dan setiausaha majlis ketua kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan Hari Raya.
"Kadar bantuan khas one-off ini akan ditentukan kelak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi turut mengumumkan program bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan pada tahun 2024 dengan pertambahan peruntukan sebanyak RM500,000 menjadikan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta berbanding RM1 juta tahun 2023.
Beliau menyatakan, kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bagi bayaran emolumen guru lantikan negeri dan program-program di sekolah berjumlah RM11.9 juta.
"Peruntukan untuk Tadika Islam di bawah Kerajaan Negeri disediakan sebanyak RM7 juta untuk pembayaran emolumen, pengurusan dan program.
"Kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan Tadika Islam turut disediakan di bawah peruntukan pembangunan JHEAIK," katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri turut memberi peruntukan untuk membina bangunan baharu Tadika Islam di Masjid Al Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap sebanyak RM700,000 dalam memastikan tadika Islam di bawah pengurusan kerajaan negeri selesa dan setanding kemudahan pendidikan prasekolah lain.
"Kerajaan negeri turut memperuntukkan RM6 juta meliputi bayaran untuk guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) seramai 3,260 orang berjumlah RM5.8 juta setahun dan peruntukan untuk pembaikan kelas-kelas KAFA terpilih turut disediakan berjumlah RM200,000,"katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.