Pusat hiburan diserbu, 38 GRO ditahan
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis menahan 38 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam Operasi Noda di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Jalan Perak Kuala Lumpur.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diketuai Pegawai Turus Bahagian D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Ana Mohamed kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hasil serbuan, pihaknya menahan 38 GRO warga asing berusia antara 19 hingga 30 tahun dan enam lelaki yang bekerja di premis berkenaan.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 18 wanita warga Ukraine, 11 wanita warga Russia, tiga wanita warga Kazakhstan, tiga wanita warga Belarus serta masing-masing seorang wanita dari Jerman, Britain dan Thailand.
Iklan
"Seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus, seorang lelaki warga Iran dan empat lelaki Bangladesh bekerja di premis itu turut ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rusdi berkata, semua individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 dan Seksyen 55B serta Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.
Iklan
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral boleh hubungi Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>