Hujan lebat: Tiga hilang, lebih 1,300 rumah terjejas banjir di Vietnam

Iklan
Keadaan banjir di wilayah tengah Vietnam susulan hujan lebat sejak awal minggu ini. - Foto Agensi

HANOI - Hujan lebat sejak awal minggu ini menyebabkan tiga orang hilang di wilayah tengah Vietnam, Xinhua memetik laporan terkini Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam negara itu pada Rabu.

Kira-kira 40 orang termasuk daripada pasukan tentera, polis dan pasukan pencegahan banjir dan ribut tempatan digerakkan untuk mencari pasangan yang hilang itu dipercayai dihanyutkan air banjir di daerah Huong Hoa, wilayah Quang Tri, lapor Vietnam News.

Iklan
Iklan

Mangsa keluar untuk mencari kambing namun peningkatan paras sungai Nguon Rao menghalang mereka daripada pulang ke rumah.

Sementara itu, seorang lagi lelaki di daerah Vinh Linh hilang ketika memancing di tasik La Nga. Barangan peribadinya ditemui di kawasan itu.

Iklan

Sementara itu, lebih 1,300 rumah di wilayah Quang Tri dan bandar Da Nang dinaiki air akibat hujan lebat.

Hujan juga mencetuskan risiko tanah runtuh di kawasan pergunungan, banjir di kawasan rendah dan jalan terputus hubungan. - Bernama-Xinhua

Iklan