Tentera Israel lancar serangan tindak balas ke atas Hizbullah

Iklan
Kepulan asap kelihatan di Lubnan pada Ahad selepas Israel melancarkan serangan artileri sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu yang ditembak oleh Hezbollah. - Foto AFP

[DIKEMAS KINI] ANGKATAN Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, pesawat pejuangnya telah menyerang beberapa sasaran Hizbullah di Lubnan pada Ahad, sebagai sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pejuang itu di utara Israel.

Menurut IDF, serangan itu dilancarkan menerusi pesawat pejuang udaranya dengan antara sasaran mereka ialah infrastruktur ketenteraan Hizbullah.

Iklan
Iklan

Pada awal hari ini, IDF mengumumkan mereka melancarkan serangan artileri sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu yang ditembak dari Lubnan ke Dovev, yang terletak di utara Israel.

Sidang redaksi CNN di selatan Lubnan tidak ketinggalan mendengar letupan roket dan menyaksikan sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome pantas menembak jatuh dua roket di Rosh HaNikra, utara Israel.

Pertempuran antara IDF dengan Hizbullah yang disokong Iran merupakan titik tumpuan pada kebimbangan bahawa perang Israel-Hamas berpotensi menjadi konflik yang lebih meluas di Asia Barat.

Iklan
Iklan

Pemimpin berpengaruh Hizbullah, Hassan Nasrallah sebelum ini menegaskan, pasukan pejuang Lubnan itu akan terus memberi tekanan pada Israel di sempadan antara kedua-dua negara itu. - Agensi/Awani