Puluhan terperangkap terowong dalam pembinaan runtuh di India

Iklan
Puluhan pekerja terperangkap selepas terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad. - Foto: ANI

NEW DELHI - Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad.

Sebahagian daripada terowong sepanjang 4.5 kilometer (km) itu runtuh pada awal pagi, memerangkap kira-kira 40 orang, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Usaha menyelamat kini sedang dijalankan.

Terowong itu merupakan sebahagian daripada projek lebuh raya untuk mengurangkan jarak perjalanan antara Uttarkashi dan Yamunotri. - Bernama

Iklan

Iklan