Lima lelaki ditahan insiden merusuh di kedai makan

Iklan
Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah premis makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang, di sini, 6 November lalu.

KLUANG - Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah premis makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang, di sini, 6 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kesemua lelaki warga tempatan berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan dalam lima tangkapan berasingan di rumah murah Layang-Layang, Taman Sri Kluang, Kluang dan di Jalan Tebrau, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

"Pada 6 November lalu sekitar 10.37 malam, Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis berkaitan kejadian merusuh di sebuah kedai makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang.

"Siasatan awal mendapati, suspek pertama dan kelima mempunyai satu rekod bersabit kes jenayah lampau manakala tiga lagi suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek juga didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai 8 November bagi membantu siasatan.

Iklan