SK Saliliran akan diberi perhatian - Mohd Arifin
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Arifin
PUTATAN - Masalah tiada bekalan elektrik dan kemudahan internet yang dihadapi di Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran sebagai sebuah sekolah di pedalaman di Pensiangan akan diambil perhatian sewajarnya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif memberi jaminan masalah yang dihadapi di sekolah itu akan dibawa ke peringkat mesyuarat di agensi berkaitan.
Iklan
Iklan
"Saya akan bawa perkara ini ke peringkat berkaitan yang mana sekolah ini dilihat memerlukan bantuan misalnya dari sudut keperluan jalur lebar.
"Jadi petang ini (Khamis) saya akan jumpa dan mesyuarat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagaimana untuk kita membantu dan kita akan maklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS),” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Tambah Mohd Arifin lagi, masalah bekalan elektrik untuk murid bersekolah dan menetap di asrama sekolah itu juga turut diambil perhatian.
"Bagaimanapun saya akan minta maklumat terperinci daripada JPNS mengenai sekolah ini,” katanya.
Iklan
Sementara itu, JPNS memaklumkan bahawa pihaknya mengambil perhatian berhubung laporan akhbar membabitkan SK Salikiran yang disiarkan sebelum ini.
"JPNS mengambil perhatian terhadap isu yang berbangkit di SK Saliliran dan ini juga telah dalam pengetahuan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.
Sinar Harian pada 30 Oktober lalu melaporkan SK Saliliran merupakan sebuah sekolah pedalaman yang terletak berhampiran sempadan Kalimantan dan dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana hanya mempunyai 23 murid.
Dalam laporan itu juga mendapati selain tiada bekalan elektrik dan kemudahan internet, sekolah dalam keadaan daif apabila bangunan kelas diperbuat daripada kayu dan banyak kemudahan yang sepatutnya dinikmati murid tidak sampai ke sekolah tersebut.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.