Masjid di Terengganu adakan bacaan Qunut Nazilah, solat hajat

Iklan
Semua masjid di Terengganu diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dengan disertakan solat hajat bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: M Rozi)

KUALA TERENGGANU - Semua masjid di Terengganu diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dengan disertakan solat hajat bermula pada Jumaat ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Masjid di seluruh Terengganu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua jemaah perlu memohon kepada ALLAH SWT supaya diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin.

"Ini bertujuan memohon kepada ALLAH SWT agar memberikan keselamatan kepada umat Islam di sana," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Rakyat Palestin kini berdepan krisis 'pembunuhan beramai-ramai' selepas serangan berterusan tentera rejim zionis Israel.

Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel secara berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 10,328 orang.

Iklan

Lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban merupakan wanita dan kanak-kanak.