'Tak senang duduk setiap kali musim tengkujuh'
Iklan
Ibrahim menunjukkan keadaan rumahnya serta jiran yang menunggu masa runtuh ke dalam sungai.
PASIR PUTEH - Lima keluarga dari Kampung Batu Hitam dekat sini yang tinggal di tebing sungai Rasau bimbang kediaman mereka diancam hakisan.
Mereka mendakwa, setiap kali musim tengkujuh aliran sungai itu yang sebelum ini perlahan menjadi deras sehingga menghakis tebing dan menyebabkan rumah mereka retak.
Iklan
Iklan
Tinjauan Sinar Harian mendapati berlaku keretakan pada dinding rumah penduduk di kawasan tersebut selain hakisan pada tebing Sungai Rasau.
Seorang penduduk, Ibrahim Salam, 70, berkata, hakisan tanah di kawasan tebing itu mula berlaku sejak tahun lalu.
Iklan
"Masalah itu membuatkan kami tidak senang duduk setiap kali musim tengkujuh melanda kawasan rumah saya.
"Hal ini kerana rumah ini satu-satunya ‘mahligai’ untuk saya dan keluarga berlindung dari hujan serta panas,” katanya.
Iklan
Ibrahim menunjukkan dinding rumah retak akibat hakisan.
Justeru dia meminta agar pihak berkenaan supaya mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Penyelesaian segera ini mampu menjadi penyelamat supaya masalah hakisan tidak bertambah teruk.
"Langkah terbaik ketika ini ialah dengan menyegerakan pembinaan benteng mencegah hakisan tersebut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>