Banjir: Satu PPS dibuka di Johor

Iklan
Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) mangsa banjir di Dewan Sungai Tiram, Johor Bahru. - Foto APM Johor Bahru

JOHOR BAHRU - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Sungai Tiram pada jam 7 malam, Rabu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, seramai 74 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan merupakan penduduk di Jalan Batu 10 dan Jalan Mak Piah yang terletak dalam kawasan DUN Tiram dan Parlimen Tebrau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai masing-masing di Batu Pahat dan Muar menunjukkan trend menaik.

Iklan
Iklan

Sungai Sembrong di Batu Pahat berada pada tahap jingga atau amaran dengan merekodkan paras air semasa 1.95 meter manakala Sungai Sarang Buaya melebihi paras waspada atau kuning (2.14 meter).