Zii Jia masih 'terselamat', kekal dalam program RTG

Iklan
Zii Jia menampilkan peningkat prestasi sejak kebelakangan ini sehingga muncul juara Terbuka Artik 2023 di Finland.

JAGUH badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia masih boleh menarik nafas lega apabila kekal berada dalam program Road to Gold (RTG) sekalipun tidak berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan mengekalkan pemain profesional negara itu dibuat berdasarkan kemajuan yang dipamerkannya dalam tempoh tiga bulan terakhir.

Iklan
Iklan

"Prestasinya dari Jun hingga sekarang naik tiga tangga ranking dunia dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Selasa.

Berdasarkan kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia kini menghuni tangga ke-11 dunia, manakala dalam kelayakan Olimpik, dia berada di kedudukan kesembilan.

Iklan

Daripada menghuni tangga ke-14 dunia, Zii Jia melonjak ke kedudukan ke-11 selepas muncul juara Terbuka Artik 2023 di Finland dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, Zii Jia satu-satunya atlet yang belum menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu dalam program berkenaan.

Iklan

"Semua atlet lain sudah menandatanganinya, tapi kita faham kerana dia sibuk mengikuti pertandingan di luar negara dan baru balik ke tanahair.

"Belum ada kesempatan berjumpanya secara peribadi. Saya akan cuba sedaya upaya kerana persetujuan komitmen ini penting.

"Jawatankuasa (RTG) memberi masa sehingga 14 November untuk dia menandatangani persetujuan komitment ini,” jelas Stuart.