Sokongan 120 resolusi gencatan senjata isyarat kebangkitan bebas Palestin

Iklan
Sokongan daripada 120 negara terhadap resolusi gencatan senjata yang diusulkan Jordan dalam UNGA merupakan isyarat kebangkitan pemimpin dunia untuk menekankan Israel bagi membebaskan Palestin. - Foto AFP

SOKONGAN daripada 120 negara terhadap resolusi gencatan senjata yang diusulkan Jordan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) merupakan isyarat kebangkitan pemimpin dunia untuk menekankan Israel bagi membebaskan Palestin.

Meskipun terdapat 14 negara yang menentang terutamanya rakan sekutunya, Amerika Syarikat, ia tidak lagi dapat menghalang usaha untuk menghentikan penindasan dan kekejaman ke atas Gaza.

Iklan
Iklan

Menurut Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohd Yazid Zul Kepli, penentangan mereka terhadap resolusi tersebut disebabkan ideologi Islamofobia negara-negara barat, kepentingan strategik, pertimbangan geopolitik dan faktor ekonomi.

Malaysia tidak perlu takut sebaliknya harus terus teguh dan berani menyatakan sokongan, biarpun dihimpit atau menerima ugutan daripada pemimpin Eropah susulan kelantangan memperjuangkan negara Islam kita.

Iklan

Tambahan, terdapat kuasa besar lain seperti Perancis dan Rusia yang turut mempersetujui resolusi itu.

Ia bertujuan bagi memberi tekanan kepada Israel untuk mengadakan rundingan damai selain mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan gencatan senjata.

Iklan

Dalam pada itu, kaedah memboikot produk negara itu juga perlu dilakukan bagi melumpuhkan sebahagian besar ekonomi mereka.

Lagipun, peperangan itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak, yang pasti menyebabkan keadaan ekonomi di Israel turut terjejas.

Bagi mematahkan kesombongan Israel maka seluruh rakyat Malaysia harus bersatu melakukan bantahan, solidariti dan 'memulau' barangan mereka.