Tabung UMK untuk Palestin
Iklan
Razli (kanan) memasukkan sumbangan ke dalam tabung sebagai tanda solidariti untuk Palestin.
BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan sebanyak RM20,000 kutipan derma untuk disalurkan kepada warga Palestin yang kini menjadi mangsa kekejaman Israel.
Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak berkata, tabung yang dilancarkan minggu lalu kini berjaya mengumpul sebanyak RM10,000 dan akan diteruskan selama seminggu lagi bagi memberi peluang kepada lebih ramai penderma.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, orang ramai boleh menunjukkan solidariti mereka dengan mengimbas kod QR melalui aplikasi WhatsApp untuk menderma.
"Menderma secara dalam talian kini lebih efektif dan kita yakin jumlah sasaran berjaya dicapai selepas sambutan yang diterima menggalakkan terutama daripada warga UMK," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan tabung sempena Solidariti UMK Untuk Palestin di kampusnya di Bachok.
Razli memberitahu, kutipan derma diharap bertambah pada majlis konvokesyen bermula 4 November yang turut dihadiri keluarga pelajar.
Iklan
Dalam pada itu, beliau menghargai kesungguhan lebih 300 pelajar membabitkan tiga kampus iaitu Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli yang bersolidariti demi Palestin dengan pelaksanaan beberapa aktiviti berkaitan.
"Kita gembira kerana ramai yang hadir menyertai program seperti solat asar berjemaah, perarakan, puisi dan pidato," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor war"><meta itemprop="description" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buangpetisuarademinyawa #kansertiroid #bekaspesakitkanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-21T06:53:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a5diq1fcLPJCxeVhf/x120"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0gylw"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0gylw"></script>