Pegawai kanan polis cedera terkena terkena tembakan
Iklan
MERSING - Seorang pegawai kanan polis cedera dalam satu kejadian tembak menembak bersama beberapa suspek di Jalan Meta berhampiran Kem Sekakap di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, pegawai polis berpangkat Superinten dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman itu dipercayai sedang menyiasat kes berkaitan penculikan anak kepada salah seorang ahli perniagaan di negara ini.