Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini
Iklan
IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan iaitu 263 orang daripada 76 keluarga pagi ini berbanding 269 orang daripada 78 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Kerian dan Hulu Perak.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 139 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala 23 mangsa daripada sembilan keluarga berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap di Hilir Perak.
"PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian menempatkan 41 mangsa daripada sembilan keluarga, sementara 60 mangsa daripada 13 keluarga pula berada di PPS Sekolah Kebangsaan Kerunai di Hulu Perak," menurut kenyataan itu.
Iklan
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong masih melepasi tahap bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.74 meter berbanding paras normal iaitu kira-kira 2 meter, manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang berada pada paras berjaga-jaga iaitu 13.17 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di kebanyakan daerah iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Muallim.
Iklan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memberitahu Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
Selain itu, F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang laluan di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. - Bernama
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.