Kerajaan Persekutuan perlu iktiraf surat 'bahasa Inggeris' dari Sarawak

Iklan
Michael Tiang - Foto Bernama

SIBU - Kerajaan Persekutuan perlu menerima surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi rasmi dari Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Michael Tiang Ming Tee berkata, Kerajaan Persekutuan sebenarnya mempunyai kewajipan untuk melayan surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris dari Sarawak sebagai komunikasi rasmi memandangkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 tidak pernah dipanjangkan ke Sarawak.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, rakyat Sarawak bebas memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu untuk surat kepada jabatan kerajaan persekutuan memandangkan kedua-dua bahasa itu adalah bahasa rasmi di Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua jabatan kerajaan supaya tidak melayan sebarang surat yang ditulis dalam bahasa selain Bahasa Malaysia.

Iklan

Jelasnya, ini kerana penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak dijamin oleh Perkara 161(3) Perlembagaan Persekutuan.

Michael yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut mengingatkan perdana menteri bahawa bahasa Inggeris dan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Sarawak, justeru arahan itu tidak terpakai di Sarawak.

Iklan