MUAR - Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di Jalan Ibrahim, di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, penahanan lelaki warga tempatan itu dilakukan pada jam 10.30 malam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.