Rumah haram diroboh untuk projek Chenang 2 di Langkawi
Iklan
Gambar tular menunjukkan rumah yang dirobohkan bagi tujuan projek pembangunan di Pantai Pasir Berdengung, Kampung Kuala Muda kelmarin.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan sengaja meroboh bangunan dan rumah penduduk di Pantai Pasir Berdengung, Kampung Kuala Muda di Padang Mat Sirat, Langkawi sebaliknya tapak berkenaan akan dibangunkan projek pembangunan bercampur iaitu Chenang 2.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, lebih 100 binaan dan rumah di kawasan berkenaan dirobohkan baru-baru ini berikutan dibina atas tanah milik kerajaan negeri tanpa kebenaran.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tanah berkenaan adalah milik kerajaan negeri dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
"Semua bangunan yang didirikan di situ disifatkan menceroboh tanah kerajaan, kebanyakan bangunan bersifat komersial seperti homestay dan chalet bukan rumah persendirian atau setinggan.
Iklan
"Hanya sekelompok rumah nelayan terlibat dan yang ini akan kita berikan perhatian,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Kedah di sini hari ini.
Semalam tular di media sosial rintihan penduduk terlibat yang mengecam tindakan kerajaan negeri merobohkan bangunan dan rumah milik mereka tanpa diberikan pampasan.
Iklan
Penduduk mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sengaja merobohkan rumah diduduki sejak puluhan tahun tanpa mempedulikan nasib orang Melayu.
Mukhriz berkata, rancangan untuk projek berkenaan sudah dibuat sejak pemerintahan kerajaan terdahulu dan kini binaan haram terbabit perlu dirobohkan untuk meneruskan kerja-kerja awalan tapak yang dijangka bermula tahun hadapan.
"Ada juga bangunan di situ dibuat rumah sewa dan bagi tujuan komersial, ada unsur keuntungan atas tanah yang tidak dibenarkan binaan. Harus diingat, sebarang binaan hendaklah mendapat kelulusan.
"Sekiranya mohon tanah untuk hak milik atau pajakan, baru boleh bina malangnya amalan masyarakat sering ambil mudah di mana mereka bina tanpa permit malah gunakan bekalan air dan elektrik tanpa kebenaran tuan tanah. Ini satu kesalahan,” katanya.
Menurutnya, atas budi bicara Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, penduduk terlibat akan diberikan sedikit pampasan mengikut kesesuaian.
"Projek itu kelak akan beri impak besar kepada ekonomi negeri khususnya Langkawi. Selain buka peluang kerja kepada warga Langkawi, ia bakal merancakkan ekonomi negeri dan tempias ekonominya besar untuk kepentingan umum,” katanya.
Katanya, majlis pecah tanah Chenang 2 dijangka diadakan tahun hadapan menyebabkan kerja awalan tapak tidak boleh ditangguhkan lagi setelah notis pengosongan diberikan sebelum ini.
"Projek ini merupakan pembangunan bercampur merangkumi hotel, deretan kedai, kawasan riadah untuk masyarakat serta pelancong,” katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.