Impak Guiu bantu kemenangan Barca

Iklan
Marc Guiu - Foto AFP

PEMAIN muda Barcelona, Marc Guiu berkata, dia tidak akan boleh tidur selepas menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Athletic Bilbao selepas masuk hanya beberapa saat dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu yang akan menentang Real Madrid Sabtu depan dalam aksi Clasico hanya satu mata di belakang musuh ketat mereka itu selain Girona di tempat kedua yang menewaskan Almeria 5-2 sebelum ini.

Iklan
Iklan

Barcelona bergelut untuk mencari gol sebelum Guiu, 17 masuk dan meledak gol pada minit ke-80.

Guiu merupakan pemain muda terbaharu yang membuat penampilan sulung mereka untuk Barca ketika akademi La Masia terus cemerlang menghasilkan pemain berkualiti.

Iklan

"Ia mengejutkan saya bahawa mereka tidak takut, saya melihat mereka dengan penuh keyakinan. Mereka memandang saya dengan harapan bahawa beri peluang kepada mereka dan segalanya akan berjalan dengan baik.

"Saya melihat apa yang telah dilakukan oleh Gavi, Balde, Lamine, Fermin, dan dengan Marc, mereka tidak kelihatan takut," katanya.

Iklan