Air Terjun Kota Tinggi ditutup sementara waktu
Iklan
KOTA TINGGI - Air Terjun Kota Tinggi di sini ditutup sementara waktu bermula 15 Disember lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan baik pulih kerosakan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menerusi info yang dikongsi di Facebook Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), tarikh operasi semula Air Terjun Kota Tinggi akan dimaklumkan kelak selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.