Hanya mangsa 'banjir termenung' masih berada di PPS Segamat

Iklan

JOHOR BAHRU - Banjir di Segamat telah pulih namun 343 orang daripada 81 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana rumah mereka masih digenangi air 'banjir termenung' pada paras kira-kira 0.3 meter.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, setakat jam 8 pagi tadi, kesemua mereka masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara yang dibuka secara berperingkat sejak 15 Disember lepas.

Iklan
Iklan

Kesemua yang terjejas melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh, Kampung Spang Loi, Kampung Kuala Paya, Kampung Tandong, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah dan Kampung Bukit Tunggal dalam Mukim Gemereh, Pogoh, Jementah serta Buloh Kasap. - Bernama