Jumlah pengguna KSAB meningkat, purata 10,000 sehari

Iklan
Onn Hafiz meninjau keadaan di KSAB, Gelang Patah. - Facebook Onn Hafiz

JOHOR BAHRU - Jumlah pengembara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah semakin bertambah dengan purata seramai 10,000 pengguna sehari.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peningkatan jumlah pengguna bagi kedua-dua laluan Malaysia-Singapura itu didedahkan sewaktu Mesyuarat Taskforce Pembangunan dan Projek Sedia Ada Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan KSAB pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan bahawa jumlah pengguna di KSAB semakin bertambah dengan purata pengguna seramai 10,000 sehari. Justeru, terdapat beberapa projek sedia ada di kedua-dua CIQ yang perlu diberikan perhatian.

Onn Hafiz mengadakan Mesyuarat Taskforce Pembangunan dan Projek Sedia Ada Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan KSAB pada Khamis.
Iklan

"Antaranya di KSAB, penggantian dan penambahan signage (building, booth, dan road) dan papan tanda elektronik (VMS); Projek tambahan 33 MBike di KSAB; dan penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baru," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kerajaan Persekutuan serta agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam membantu mempercepatkan pelaksanaan projek-projek sedia ada mengikut garis masa yang ditetapkan.