KBS sasar 100,000 belia sertai Sekolah Rukun Negara
Iklan
Adam Adli
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan 100,000 peserta dalam Program Sekolah Rukun Negara.
Timbalan menteri berkenaan, Adam Adli Abd Halim berkata, sejak dilancarkan pada 12 Julai lepas, fasa asas program tersebut berjaya melibatkan penyertaan 76,166 orang belia dengan fasa pertengahan dan lanjutan dirancang dilaksanakan bermula tahun hadapan.
Iklan
Iklan
"Sebagai satu daripada mekanisme dalam meraikan perbezaan pandangan berteraskan kepada tanggungjawab dan kebenaran, KBS telah melancarkan Program Sekolah Rukun Negara.
"Program bersifat latihan dengan tiga fasa utama iaitu asas, pertengahan dan lanjutan ini kita laksanakan dengan tujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan dengan sistem demokrasi dan kenegaraan melibatkan kumpulan sasar dalam kalangan belia berusia 15 hingga 30 tahun,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu rancangan KBS untuk membangunkan belia seluruh negara memandangkan sebahagian mereka mempunyai pandangan berbeza dengan Kerajaan Madani.
"Proses pembangunan modul ini dilaksanakan secara komprehensif dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, aktivis belia dan pemimpin politik kerajaan mahupun pembangkang.
Iklan
"Program ini melihatkan keseriusan KBS untuk memastikan anak muda terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai perbahasan penting berkaitan isu-isu demokrasi dan kenegaraan sekali gus membantu membentuk pemikiran berteraskan kepada pengetahuan dengan sulaman kepada elemen-elemen nilai murni selaras dengan prinsip Malaysia Madani,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai sekatan maklumat di media sosial, Adam Adli berkata, setiap langkah yang diambil kerajaan dalam menyelia kandungan tersiar adalah berlandaskan peruntukan undang-undang.
"Terutamanya dalam zaman pascakebenaran, banyak maklumat perlu kita tapis untuk memastikan ia tidak tersasar daripada fakta sebenar,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>