Bank Islam perkenal kad debit Perak FA TBG
Iklan
Sebahagian pemain Perak yang hadir memeriahkan Kempen Jelajah Awfar Bank Islam di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini hari ini.
BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menjalinkan kolaborasi bersama Pasukan Bola Sepak Perak menerusi Kad Debit-i Bank Islam Visa Perak FA TBG.
Kerjasama melalui penjenamaan bersama itu sekali gus membuktikan sokongan padu Bank Islam terhadap sukan bola sepak negara.
Iklan
Iklan
Pengurus Negeri Bahagian Deposit, Wan Siti Hajar Wan Salim berkata, kad debit berkenaan diberikan kepada setiap pemegang akaun baharu Bank Islam.
"Orang ramai boleh sahaja datang ke cawangan terdekat di seluruh negeri, kad ini hanya sah di cawangan-cawangan bank di Perak sahaja," katanya pada sidang media sempena Kempen Jelajah Awfar Bank Islam di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini hari ini.
Iklan
Jelajah selama tiga hari berakhir esok itu turut diserikan dengan kehadiran pemain-pemain Skuad The Bos Gaurus (TBG).
Menurutnya, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan pihaknya berharap ia dapat membantu pembangunan bola sepak tempatan.
Wan Siti Hajar menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada pengurusan Pasukan Bola Sepak Perak.
Iklan
"Kad ini menawarkan pelbagai manfaat kepada pemegang kad yang mana sebahagian daripada jumlah fi tahunan kad akan dimanfaatkan oleh TBG sebagai sumbangan daripada bank dan pemegang kad kepada pembangunan pasukan bola sepak kesayangan mereka," katanya.
Dalam pada itu, pemain pertahanan Perak, Nazirul Naim berkata, sepanjang berada dalam barisan skuad itu, Bank Islam banyak memberikan sokongan menerusi program-program pembangunan.
"Sudah tentu sumbangan seperti ini sedikit sebanyak memberi impak kepada pembangunan pasukan negeri," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>