Program Beyond Benih bantu 155,000 komuniti B40, sasar 250,000 penerima menjelang 2026

Iklan
Beyond Benih, telah memberi manfaat kepada kira-kira 155,000 penerima dalam kalangan komuniti B40 sejak diperkenalkan pada 2022.

BRITISH American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) menerusi program pelaburan komuniti utamanya, Beyond Benih, telah memberi manfaat kepada kira-kira 155,000 penerima dalam kalangan komuniti B40 sejak diperkenalkan pada 2022, sekali gus menyumbang kepada usaha memperkukuh keselamatan makanan negara.

Program berasaskan kebun pertanian mampan yang diterajui komuniti itu menyediakan akses kepada hasil tani segar dan mampu milik melalui amalan pertanian yang baik, selain membuka peluang pendapatan mampan kepada penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Setakat ini, sebanyak 22 kebun komuniti telah diwujudkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan dikendalikan oleh 240 ahli Persatuan Penduduk (RA) yang menguruskan operasi harian kebun berkenaan.

Menurut BAT Malaysia, model operasi Beyond Benih membolehkan 60 peratus hasil tanaman dijual kepada penerima manfaat pada harga kira-kira 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran, manakala baki 40 peratus dipasarkan pada harga pasaran bagi menjana pendapatan untuk menampung kos dan memastikan kelangsungan kebun komuniti.

Iklan

Program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian, pihak berkuasa tempatan dan Persatuan Penduduk, meliputi penyediaan pembiayaan, sumber pertanian, latihan serta panduan teknikal kepada komuniti terlibat.

Menerusi 22 kebun komuniti yang diwujudkan, program ini menyediakan hasil tani segar dan mampu milik dan membuka peluang pendapatan mampan.

Iklan

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Salem berkata, pihaknya komited untuk terus memberikan impak positif dan mampan kepada rakyat Malaysia melalui peluasan skala program berkenaan.

“Dengan membangunkan kebun yang lebih besar dan berkapasiti tinggi serta mengembangkan program ini ke negeri-negeri baharu, kami berhasrat membantu lebih ramai keluarga dan membina daya tahan jangka panjang dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, BAT Malaysia menyasarkan kira-kira 250,000 penerima manfaat menjelang akhir 2026, selari dengan komitmen jangka panjang syarikat dalam memperkasa komuniti secara praktikal dan berkesan.

Sepanjang pelaksanaannya, Beyond Benih turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri atas inovasi dan impaknya terhadap pembangunan komuniti.

Program berasaskan kebun pertanian mampan yang diterajui komuniti itu menyediakan akses kepada hasil tani segar dan mampu milik melalui amalan pertanian yang baik.

Sementara itu, Ketua RA Kampung Abdul Rahman Yassin, Kluang, Siti Radziah Mohd Said berkata, kebun komuniti di kawasan itu bukan sahaja membantu menyediakan bekalan sayur-sayuran segar, malah mengeratkan hubungan sesama penduduk.

“Program ini memberi manfaat besar kepada keluarga dan komuniti kami, bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga hubungan sosial,” katanya.

Seorang penerima manfaat, Monaliza Bahari berkata, penyertaan dalam Beyond Benih memberi peluang kepada penduduk untuk mempelajari kemahiran pertanian sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kami belajar cara bertani, bersenam dan pada masa sama mengukuhkan hubungan dalam komuniti,” katanya.