JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan peningkatan penyakit mata (konjunktivitis), jangkitan saluran pernafasan atau (URTI) dan asma, susulan jerebu di beberapa kawasan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, konjunktivitis meningkat kepada 45 kes bersamaan 74 peratus daripada 26 kes berbanding sebelum berlaku jerebu.