'Tiada bukti bangkai ikan lumba-lumba yang sama'
Iklan
KUALA TERENGGANU - Tiada bukti kukuh bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui mati di Pantai Tanjung Gelam pada Sabtu lepas adalah ikan sama yang diselamatkan sekumpulan tujuh pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dua hari sebelum itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata, fakta tepat yang boleh mengesahkan perkara itu hanya boleh dibuat melalui bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Tanpa menyalahkan atau menafikan keputusan mana-mana pihak sebelum ini, beliau berpendapat bahawa tanpa forensik, ‘tidak kukuh’ untuk membuat keputusan apatah lagi ​​ pelajar UMT tidak sempat mengambil ukuran berat dan panjang ikan tersebut.
"Dalam keadaan cemas, pelajar terbabit tidak sempat mengambil ukuran panjang dan berat. Bagaimana boleh ia dikatakan ikan yang sama. Bedah siasat harus dilakukan dan pengesahan kematian harus berdasarkan fakta untuk memastikan bangkai itu adalah ikan yang sama diselamatkan pelajar UMT tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikan lumba-lumba 'hidup semula' selepas diselamatkan pelajar
Pada 12 Disember lepas, tujuh pelajar jurusan Biologi Marin UMT menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di pantai Tanjung Gelam dan mengangkat ikan itu ke kawasan lebih dalam namun haiwan itu terlalu lemah dan tidak berdaya menahan hempasan ombak yang terlalu kuat tetapi akhirnya ia berjaya berenang semula ke lautan.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja jumpa bangkai ikan lumba-lumba di Pantai Tanjung Gelam
Bagaimanapun, dua hari selepas itu orang awam menemui bangkai lumba-lumba di sekitar lokasi yang sama dan ia kemudiannya disahkan oleh pihak tertentu bahawa bangkai tersebut adalah ikan yang sama diselamatkan pelajar UMT sebelum itu, tanpa sebarang bedah siasat berikutan organ dalamannya sudah mereput.
Mengulas lanjut, Mohd Fazrul Hisam berkata, meskipun kenyataan beliau agak pahit untuk diterima tetapi dalam bidang penyelidikan, tiada istilah yang boleh dirumuskan dengan 'mungkin' sebaliknya ia perlulah berdasarkan fakta.
"Kelestarian sumber perikanan hanya boleh direalisasikan berdasarkan fakta dan kajian saintifik secara menyeluruh. Ia teramatlah penting kerana kerjasama semua pemegang taruh untuk mencari titik kesamaan dalam menjaga sumber.
"Jikalau salah fakta dan diberikan tanpa kajian, kami risau akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada cara pengurusan sumber perikanan secara mapan kelak. Biarlah masyarakat terdidik untuk mengkaji, menerima dan menyelidik berdasarkan fakta yang konkrit. Setiap kenyataan mengenai sumber perikanan harus berlandaskan fakta dan bukan ‘mungkin’. Ia melibatkan nyawa hidupan marin," katanya.
Beliau sebelum ini telah menggunakan penduga gema untuk mengesan kehadiran ikan di perairan pantai UMT dan setakat ini terdapat 12 kumpulan ikan lumba-lumba di sekitar perairan itu dengan minimum enam ekor untuk satu kumpulan.
Mohd Fazrul Hisam berkata, kawasan UMT juga mempunyai pemecah ombak yang tinggi daripada batu-batuan ini. Ombak pula pada musim tengkujuh ini setinggi empat hingga enam meter. Pelbagai kecederaan boleh terjadi kepada hidupan marin sekiranya berada berdekatan pada kawasan pemecah ombak ini.
"Sifat ikan lumba-lumba pula mengesan makanan menggunakan bunyi. Pada musim ini juga, berlakunya julang air, iaitu makanan di dasar akan naik ke kawasan permukaan air. Ini menarik perhatian anak-anak ikan juvenil dan hidupan marin lain yang bergantung kepada hidupan 'benthic' atau plankton sebagai makanan," katanya.
Mohd Fazrul yang sebelum ini pernah membuat kajian mengenai stok ikan negara berkata sebarang kecederaan, punca dan apa sahaja pada mamalia marin yang terdampar haruslah disusuli dengan siasatan dan kecederaan boleh datang dari pelbagai sudut, luaran atau dalaman.
"Kecederaan luaran boleh datang dari segi persaingan, kecederaan dari peralatan perikanan, kipas bot, hentakan objek keras dan pelbagai lagi. Kecederaan dalaman pula boleh jadi daripada umpan pancing yang digunakan iaitu umpan pancing ini hilang dan ikan lumba-lumba tertukar dengan makanan hidup.
"Ini hanya sebagai contoh. Adakalanya hidupan marin ini mempunyai penyakit dalaman seperti ketumbuhan dan sebagainya. Namun tiada kenyataan harus diberikan tanpa bedah siasat dilakukan," katanya. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor