70 mangsa banjir di Kota Tinggi masih ditempatkan di dua PPS
Iklan
KOTA TINGGI - Seramai 70 mangsa banjir melibatkan 21 keluarga dari enam buah kampung masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, setakat jam 8 pagi tadi, dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia dan SK Mawai.