Kerajaan pertimbang dana penyelenggaraan RM34.8 juta untuk Pulau Pinang

Iklan
Jagdeep Singh Deo

GEORGETOWN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mempertimbang peruntukan RM34.8 juta di bawah dua dana penyelenggaraan kepada Pulau Pinang, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.

Beliau berkata, sebanyak 44 daripada 133 projek penyelenggaraan perumahan di negeri ini telah dipertimbang untuk diberi kelulusan untuk pembiayaan daripada Projek Penyelenggaraan Perumahan (PPP) dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan (TPPM), semasa mesyuarat di Putrajaya 9 Disember lepas.

Iklan
Iklan

"Sebelas daripada 12 projek yang dicadang dipertimbang untuk mendapat kelulusan di bawah dana PPP berjumlah RM23 juta.

"Selain itu, 14 projek daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 19 projek daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) juga dipertimbang untuk diluluskan di bawah skim TPPM masing-masing sebanyak RM4.8 juta dan RM7 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Iklan

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan menerima maklum balas rasmi daripada kerajaan Persekutuan menjelang Februari tahun depan.

"Sekiranya kita diberikan peruntukan sebanyak itu berdasarkan apa yang diluluskan, Pulau Pinang mungkin menjadi satu daripada penerima manfaat terbesar bagi dana penyelenggaraan perumahan," katanya.

Iklan

Semasa membentangkan Bajet 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan sejumlah RM100 juta akan diketepikan untuk skim pembiayaan TPPM dan PPP.

Pada 14 November Jagdeep berkata, surat permohonan telah dihantar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada 30 Ogos untuk memohon dana RM100 juta terdiri daripada PPP (RM28 juta) dan TPPM (RM72 juta) untuk penyelenggaraan serta menaik taraf kemudahan perumahan di Pulau Pinang.

Katanya, dana penyelenggaraan itu akan digunakan untuk membaiki, menggantikan dan menaik taraf kemudahan perumahan dengan keutamaan diberikan ke atas lif, tangki air serta bumbung. - Bernama