Tiga unit kedai jual pakaian jenama terkenal dari Jepun terbakar
Iklan
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - Tiga unit kedai menjual pakaian di dalam sebuah kompleks membeli-belah di Taman Desa Tebrau di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian dipercayai berlaku awal hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di premis menjual pakaian jenama terkenal dari Jepun itu pada 3.50 pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi bagi memadam kebakaran di premis tingkat bawah kompleks membeli-belah berkenaan.
"Operasi turut mendapat bantuan daripada lapan anggota bersama sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Iklan
Saiful Bahri berkata, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran berkenaan, manakala punca dan kerugiannya sedang disiasat.
"Sejurus tiba, bomba mendapati proses pemadaman kebakaran mendapat bantuan awal daripada sistem kebakaran bangunan yang aktif iaitu perenjis air. Operasi kebakaran kemudian tamat pada jam 6.03 pagi tadi,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>