Perdana Menteri Iraq letak jawatan

Iklan
Abdul Mahdi

BAGHDAD - Parlimen Iraq menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi selepas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali al-Sistani menggesa ahli dewan terbabit untuk mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap kerajaan demi masa depan negara itu.

Perkara itu diputuskan ketika sesi Parlimen yang diadakan di Baghdad semalam dan dibuat tanpa proses undian memandangkan undang-undang sedia ada tidak memberikan prosedur yang jelas untuk ahli dewan mengiktiraf keputusan tersebut.

Iklan
Iklan

"Tafsiran Mahkamah Persekutuan menetapkan tidak ada keperluan untuk mengundi," kata ahli Parlimen, Sarkwat Shamsedine.

Pentadbiran Abdul Mahdi dijangka mengambil alih sementara tugas beliau sehingga ahli dewan itu bersetuju melantik calon baharu.

Iklan

Blok atau pakatan politik terbesar itu mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat pencalonan yang kemudiannya Presiden akan mengarahkan pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh 30 hari.

Sairoon merupakan blok terbesar di Parlimen bagaimanapun memaklumkan ia tidak akan mencalonkan mana-mana individu sebaliknya menyerahkan keputusan itu kepada rakyat Iraq.

Iklan

Jumaat lalu, Abdul Mahdi mengumumkan beliau sedia berundur selepas 50 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran di Baghdad sehari sebelum itu.

Beliau turut berdepan kritikan banyak pihak kerana tindakan pasukan keselamatan menggunakan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan terus menyekat laluan utama dalam siri protes yang masih melanda negara itu. - Agensi