Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 599 orang
Iklan
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Besut dan Setiu dibuka sehingga jam 6.30 petang tadi bagi menempatkan seramai 599 mangsa banjir yang semakin bertambah.
Banjir mula melanda Terengganu hari ini ekoran peningkatan paras air sungai akibat hujan berterusan melanda negeri ini sejak tiga hari lalu.
Iklan
Iklan
Setakat ini, daerah Besut mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi diikuti daerah Setiu.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, berkata, sehingga jam 6.30 petang tadi sebanyak lapan PPS dibuka di Besut bagi menempatkan seramai 108 keluarga melibatkan 438 mangsa banjir.
Iklan
Antara PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) LTP Tenang, Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Dewan Masjid Kampung La, Surau Seberang La, SK Seri Payung, Surau PPRT Kampung Belaoh, Bangunan serbaguna Masjid Kampung Bukit Payung dan Surau Perumahan Pasir Akar.
Manakala, sebanyak empat PPS dibuka di Setiu bagi menempatkan seramai 161 mangsa banjir daripada 70 buah keluarga.
Iklan
Antara PPS terlibat ialah Surau Kampung Seladang, SK Kampung Besut, Pusat Pemindahan Kampung Besut dan Masjid Merbau Menyusut.
Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu berkata, keadaan banjir yang berlaku semalam melibatkan fasa ketiga bencana banjir dan penduduk di kawasan yang berisiko dinaiki air diminta terus berjaga-jaga.
"Kita nasihatkan semua penduduk di kawasan berisiko banjir dan kawasan rendah terutama di kawasan berhampiran sungai supaya lebih berjaga-jaga dan berpindah awal di pusat pemindahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Pihak keselamatan akan sentiasa memantau keadaan paras air sungai dan sentiasa menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa banjir di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air di lima sungai di negeri ini telah melebihi paras merbahaya menerusi maklumat yang dikemas kini jam 6.30 petang tadi (semalam).
Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaan pada paras 18.09 meter (m), Sungai Besut di Kampung La (24.76m); Sungai Nerus di Kampung Langkap (21.85m); Sungai Dungun di Kuala Jengai (21.65m) dan Sungai Chalok di jambatan Chalok, Setiu (8.56m).
Empat lagi sungai di Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu melebihi paras amaran.
Aras air bagi Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja mencatatkan bacaan 37.44m, Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu berada pada paras 19.62m, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu (24.23m), Sungai Telemong di Kuala Ping (19.62m) dan aras air di jambatan Permaisuri, Setiu berada pada paras 8.65m.
Dalam perkembangan sama, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada di mana hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing, dan Kota Tinggi) sehingga 2 Disember depan.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor